Ya Allah , kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa sahaja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa . amin .

Tuesday 24 July 2012

Makanan Kegemaran Rasululah S.A.W.


arini xdew cerita tp nak update jugak ;) cuba ke arah bloger tegar , hahahaha . arini dah 4hari kita berpuasa alhamdulillah masih diberi kudrat yg sihat & mampu jalani ibadat nie . harap-harap u alls pun sihat ok . td i jengukjenguk MUKABUKU pastu terbaca post kak KHAFYZAH FHAEZAH , so i nak share ke belog yew... orag kata share is caring kankankan ^_^


 
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

 

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuangkelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


nota hati : tgh serveyservey resepi . terasa ingin makan keteow hailam ^_^



PECAH KACA PECAH GELAS, DAH BACA HARAP BALAS {。^___^。}

6 000 comment:

IntaNBerliaN said...

thanks sharing... kita blh amalkan jugak ni :-)

cha said...

Ada stgh makanan kegemaran nabi ni klau org melayu ckp tak elokla itulah inilah. Thanks for the info. Wah sedap tu keow teow hailam :)

Bazilah (^0^) said...

suka kurma ngan delima. rasulullah suka susu jgk rupanya. kena minum susu semula lah pasni

mommychaa said...

air...ini tak bila nak berbuka sekali teguk...mak aiiiiii! mcm unta minum air satu tasik boleh kering hehehehehe ^__^

izla said...

selamat berbuka puasa nanti..

Kakzakie Purvit said...

Dalam banyak-banyak tu cuka kakak terpaksa mengalah sebab dah ditakdirkan kalau makan cuka mesti gastrik kakak naik mencanak..

lain-lain semua kakak suka.

Selamat berpuasa ke 4 dari kakak.