Ya Allah , kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa sahaja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa . amin .

Wednesday, 18 July 2012

Kopi Boleh Merawat Selulit

mcm mana selulit terjadi : 
Selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit, dan sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit sehingga menyebabkan tekstur kulit menjadi seperti menggerutu. 

tempat magsa selulit :
  Bahagian peha, pinggul dan perut. 


 

cara atasi selulit :   
 1) Amalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat seperti beriadah .
2) Banyak minum air kosong (no ais) .
3) Kurangkan makanan berlemak .

info :
Kopi merupakan salah satu penawar untuk mengurangkan pembentukan selulit di bahagian badan. Ini kerana, kandungan kafein pada kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan yang paling penting adalah ia mampu mengurangkan timbunan lemak pada badan.


Berikut merupakan cara-cara untuk merawat selulit menggunakan serbuk kopi :
  1. Pertama sekali sediakan bahan-bahan seperti serbuk kopi, garam laut dan minyak urut.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu bekas dan kacau sampai sebati.
  3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh. Sambil itu, urut secara lembut tubuh anda terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
  4. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.
** Untuk hasil yang lebih efektif, korang amalkan cara ini dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!!!!

p/s : hasil rujukan kat OH BULAN ;)



PECAH KACA PECAH GELAS, DAH BACA HARAP BALAS {。^___^。}

4 000 comment:

Mommy_Cha said...

hehehe..nak mencari kopi sepasal kak...nak melulur badan pon sepasal gak..alamatnyer tak buat lah kot hihihihhihi....

Kakzakie said...

Ohh... macam ini kakak nak cari kopilah. Kakak nak sental betul-betul hihi...

MizzTina said...

suke bau kopi..yummy!!!

Mrs. Norrie said...

garam laut tuh garam yg kita buat masak tuh ker?