Ya Allah , kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa sahaja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa . amin .

Thursday 7 June 2012

Buah Zuriat

Assalamualaikum wbt..

Apa itu buah zuriat???ira pn x tau sgt cuma ira tau buah nie selalu digunakan utk pasangan suami isteri yg dah lama inginkan baby..orang kata selagi boleh kita usaha kita usaha cuma Allah s.w.t yg akan tentukan..Insyallah.. 


Buah Zuriat
ira kirim buah zuriat nie kat mother in law time mak pg umrah aritu..buah nie ira kirim utk my BFF..hope my BFF cpt2 dpt baby...2 biji antara 4 buah zuriat nie bercamtum,so yg tu hak milik kami...suami kata simpan la kot2 bole dapat bb kembar..


ira x pasti sgt tntg buah zuriat nie tp ira nk kongsi info l khasiat l cara l tips l bagaimana nak makan buah zuriat nie melalui rujukan yg ira dpt ^_^

*gambar & info dipetik dari SINI

 sekali pandang buah zuriat nie mcm buah pinang


KHASIAT BUAH ZURIAT
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. (Gambar di bawah)


 Macamana nak dapatkan buah zuriat
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan. Atau anda boleh layari blog ini ~ HerbaZuriat, di situ ada pengedar buah zuriat.

Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

Cara Pertama
Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isisarungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Disarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.




TIPS-TIPS
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.

Jadi kepada suami isteri yang ingin mudah mendapakan zuriat bolehla mencubanya nanti. ^_^


PECAH KACA PECAH GELAS, DAH BACA HARAP BALAS {。^___^。}

4 000 comment:

Puan Ira said...

^_^

Bazilah (^0^) said...

kita manusia hanya berusaha, pastu kena doa byk2 pada ALLAH kan :) nway salam kenal :)

FarawayShoppe said...

salam..tumpang iklan..
kami ada jual buah zuriat, murah saja..
hanya rm40=10biji..knape murah?krn kami poskan terus dr madinah..boleh lawati fb kami, Faraway Shoppe utk lebih byk pilihan.. =)
salam..

Unknown said...

Assalamualaikum...saya ada menjual buah zuriat & debunga kurma dgn pakej harga yg menarik..jika berminat boleh sms/whatsapp/wechat ke 013 - 984 6450 atau layari blog kami herbazuriat.blogspot.com...