Assalamuailaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Artikel di bawah bukanlah fakta 100%
yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian
dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua
yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang
sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang
kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa.
Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara
positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan.
Mohon baca sampai habis.
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal
laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang
gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara
ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah,
mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi
menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana
London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia
selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat
signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah
telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.
2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf
dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam
kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi
huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012
atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion sebagaimana yang kita tahu
adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk
membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah
atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.
Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada
hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka
Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat
ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara
langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan
internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang
terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika
kezahirannya kelak.
Bagi pendokong perjuangan Islam
akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At
Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke
atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah
masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat
bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )
Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.
maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)
Dan berikut pula adalah Game Card
illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut
berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian
dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun
kad ini dicipta pada tahun 1995.
Artikel di atas bukanlah fakta 100%
yang anda boleh percayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian
berdasarkan perkaitan antara sesuatu perkara . Semua yang terjadi adalah
ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Namun, petanda petanda jelas yang ditunjukkan seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kepada kita.
Bukan meminta untuk anda mempercayai 100% perkara ini, tetapi sebagai satu panduan dan peringatan untuk persediaan kita andai apa jua berlaku dapat kita hadapi. Sesungguhnya Kiamat itu pasti akan datang dan sebelum datangnya kiamat, tanda tanda yang disebut Nabi lebih 1400 tahun dahulu pasti akan berlaku . Wallahualam. Boleh share kepada rakan rakan anda untuk panduan kita bersama.
copypaste dari Cik Rabun
korang bole jugak baca belog nie :
nota hati : Iman mengajar kita supaya menilai sesuatu,
Iman mengajar kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu,
Dan iman juga mengajar kita untuk mengawal dan melakukan sesuatu.
2 000 comment:
tepuk dada, tanya iman.
sememangnya mereka mempunyai suatu perancangan yg sgt rapi..
http://suriaqistina.blogspot.com/2012/08/terima-kasih-saya-terharu.html
Wallahualam..
Post a Comment