Ya Allah , kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa sahaja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa . amin .

Wednesday 10 October 2012

Ahmad Adam Shukri

AHMAD ADAM SHUKRI ...................

nama yg cukup indah utk si kecil  & hanya Allah sahaja tahu apa yg didugaNya . arini ira nak share dgn korang kisah si kecil bernama AHMAD ADAM SHUKRI .

 BIODATA :

TARIKH LAHIR : 04 / 03 / 2012
JANTINA : LELAKI
PENYAKIT : BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK. 


Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.

 
anak lelaki yg comel putih gebu . mata  kamu sgt cantik wahai anak adam .


 anak...makcik x sanggup tgk wayar-wayar di badan kecilmu sayang . tp kalau ini caranya untuk kamu bernafas , bersabarlah sayang ... semoga kamu kuat menghadapinya .



gambar terkini :(
Ya Allah , kasihanilah anak adam ini dan lindunginya selagi hayat anak ini di muka bumimu Ya Allah. xtertanggung melihat kesakitan yg anak ini tanggung .


 tabahnya hatimu wahai ibu adam . ira sebagai mak pun x tertahan melihat kesakitan anak adammu ini . semoga Allah melindungi dirimu sekeluarga . semoga ibu adam akan cekal utk menghadapi segalanya .
 p/s : ibu adam, kuatkan semangatmu ibu , tabahkan hati . sekiranya Allah mengambil anak adammu ini insyallah, Allah akan berikan lebih baik daripada apa yg diambilnya .


 bila mendengar sendiri si ibu adam Noraisah begitu sabar dan tabah, sayunya rasa hati . mak mana yg sanggup melihat anaknya menangis disbbkan sakit . walaupun tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh, namun hati ibu ini tetap cekal .


 kata-kata ibu adam :

“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam. 
Dan sama-samalah kita berdoa, seperti kata ibunya “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.


Marilah sama-sama kita berdoa utk kesihatan Adam
semoga ada keajaiban yg berlaku dari Allah S.W.T ...amin

Bagi yang ingin mnghulurkan bantuan:
NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI, SARAWAK
CIMB - Noraisah Bt Mohamed Malena (0204007292201)
MAYBANK -Salmi Abdullah (111132058224)


korang boleh like FB Ahmad Adam Syukri  
untuk mengetahui perkembangan adam. 



PECAH KACA PECAH GELAS, DAH BACA HARAP BALAS {。^___^。}

12 000 comment:

suwara entertainment said...

saya pun ade dpt tau dari post fb seorang teman psl adik adam ni. siyes sedih. nak2 bila ibunya setia menanti dan menjaga adam dgn penuh tabah dan sabar. sama2lah kita membantu bagi meringankan beban mereka.

"Adik adam, aunty x sanggup nak tgk adam sakit mcmni. sbb aunty pun ada anak kecil. dulu pernah anak aunty kena masuk wayar tu semua. tapi sekejap je. syukur alhamdulillah. aunty harap adam pun segera sembuh ye syg..."

Izwa Kamaruddin said...

YA ALLAH..KAU kurangkanlah kesakitan anak ini..

Unknown said...

Ya Allah, x snggup nak tgk....semoga Allah kurgkan penderitaan anak tue....Amin

diary_ciknaa said...

Ya Allah, Allah Maha Besar..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ya ALLAH, kesian tgk penderitaannya..

Puan Ira said...

@Sue-Rya Qistina moga2 kesakitannya bekurangan

Puan Ira said...

@:: Mrs.Eady :: insyallah ...

Puan Ira said...

@e k i n ♥ y u s r i amin..

Puan Ira said...

@CikNaa moga2 ada ubat dapat menyembuhkan kesakitan anak adam nie

Puan Ira said...

@nuyui a.k.a miss YUI x tertanggung melihat kesakitan anak nie yui

cha said...

ya Allah bergenang air mata i baca yang. sedihnya. knp i tak pnh tau psl arwah? i jarang bukak fb. sedihnya. alfatihah :'(

K Ain said...

Semoga ibu Adam tabah!!!!!!
Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segalanya.