Ya Allah , kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa sahaja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa . amin .

Thursday 21 June 2012

Petua Hilangkan Selesama

Assalamuailaikum .

arini korang sht kew ??? ira x berapa sihat la . demam , batuk , selesama rasa xlarat sgt tp still dtg bekerja . 
so korang yg tgh demam tu banyak2 minum air kosong yew & makan la ubat . but for me paling x suka la makan ubat . tp kalau dah tahap memerlukan baru la gagahkan diri utk menelan . so pada korang x suka makan ubat ira ada petua utk hilangkan selesama .

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.


pokok sireh


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.


kunyit hidup



2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.



SELAMAT MENCUBA {^_^}




PECAH KACA PECAH GELAS, DAH BACA HARAP BALAS {。^___^。}

1 000 comment:

msredcheesecake said...

sireh tu tak pernah cuba, tp kunyit tu ada...